Friday, December 19, 2014

Menara Alor Setar Kedah

Alhamdulillah..majlis makan malam yang dirancang oleh pejabat suami aku telah berjalan dengan jayanya.Walaupun ini kali kedua aku sampai ke Menara Alor Setar, tetapi ini adalah pengalaman pertama kali menaikinya di sebelah malam dan menikmati makan malam di atasnya..Dengan ketinggian 165.5 meter.. maka pemandangan di sebelah malam sungguh indah. Kerlipan lampu bangunan dan lampu kenderaan yang bergerak menjadikan suasananya sungguh unik. Lebih unik lagi apabila lantai menara tersebut , di bahagian café, akan bergerak (berpusing). Jadi ketika kita sedang menikmati makanan, kita dapatlah melihat pemandangan Alor Setar dari puncak tertinggi secara keseluruhan. Tetapi..ada tetapinya.. aku agak pening...kekekeke...sebenarnya lantai tu bergerak perlahan ja...bagi sesetengah orang mungkin tak terasa pun. Yang lawak pun ada juga.. masa tengah makan ni..anak-anak kecil, memang suka meneroka... berlari dan berjalan ke sana sini..tetapi..apabila diorang nak cari meja ibu abah diorang lepak..diorang dah conpiuse..sebab tempat tu dah ada meja lain pulak.. Aku yg bangun ambil makanan kejap pun..bila pusing ke tempat asal..dah jadi tempat org lain pulak.. kekeke.... Kalau nak rasa keunikkannya..korang kenala makan kat kat café menara tu..memang best.
jom cek apa ada di situ lagi..
 
Inilah dia ..Menara Alor Setar..

 
Tempat anak teruna aku termenung.. tetiba dia nampak tempat fun fair..
apalagi..dah mula tak senang duduk la..nak ajak kami ke sana..
Apabila lantai bergerak..kedudukan kami berubah..dan dia dah tak Nampak tempat fun fair tu..dah mula tarik muka 14 la pulak.. katanya kami ni lambat sangat dan sekarang tempat fun fair tu dah tutup.. hahahha..padahal dia tak perasan bahawa lokasi fun fair dah berada di arah lain ...
 

Antara menu pada malam tersebut

 
Haaa... turun ja dari Menara..terus jumpa benda ni semua.. Memang meriah kat bawah ni.
Jadi kami pun layankan saja Firas dengan mainan semua ni. Suka la hati dia walaupun tidak dapat pergi ke fun fair.
Semasa kami keluar balik dari sini, dah hampir jam 12.00 tgh malam..tetapi masih ramai lagi yang melepak dan melayan karenah anak-anak.

No comments:

Nufnang